BALING: Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas selepas dihanyut ke dalam Sungai Ketil, Lubok Pedati, di sini hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Adryan Mikail Mohd Afiq.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.04 tengah hari.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Jusoh Abdul Wahab tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Setibanya di lokasi, Komander Operasi memaklumkan terdapat seorang bayi lelaki hanyut ke dalam sungai berhampiran sebuah tapak perkhemahan.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah turut meminta maklumat dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.
"Operasi turut dibantu malim gunung dan polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Persatuan Rekreasi Luar dan orang awam," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Jamil berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 3.3 kilometer (km) dari tempat dilaporkan hilang.
Beliau berkata, mangsa ditemui oleh malim gunung dari pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan oleh pasukan bomba.
"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya lagi.
Bayi terbabit dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika bersama dengan ayahnya sewaktu menjalankan aktiviti berkayak menggunakan pelampung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shamsudin Mamat berkata, mayat bayi itu ditemui penduduk kampung di Sungai Limau.
“Ketika ditemui mangsa telah meninggal dunia.
“Mayat telah di hantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat.
Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jul 08 2023
Mayat mangsa ditemui kira-kira 3.3 kilometer (km) dari tempat dilaporkan hilang. - Foto JBPM
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Bayi ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Ketil
Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas dihanyut ke dalam Sungai Ketil, Lubok Pedati, di Baling hari ini.
Bayi 12 bulan lemas, sembilan selamat nahas bot karam di Kota Belud
Seorang bayi lelaki lemas, manakala sembilan lagi terselamat selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di perairan Kampung Rampaian Laut, Kota Belud.
Wanita ditahan bantu siasatan bayi diasuh mati lemas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung seorang bayi perempuan berusia 18 bulan yang dijaganya meninggal dunia dipercayai kerana lemas.